Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) UniSHAMS-UNIDHA
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟯𝟬 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan Universitas Dharma Andalas (UNIDHA) telah berlangsung dengan jayanya, pagi ini.
Majlis tersebut diadakan secara dalam talian menyaksikan MoU ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor dan YBrs. Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa sebagai wakil UniSHAMS, manakala pihak UNIDHA diwakili oleh YBrs Dr. Tesri Maideliza, Wakil Rektor 1 dan disaksikan oleh Tuan Yang Terutama H. Mahyeldi Ansharullah, Gabernur Pemerintah Provinsi Sumatera Barat (SUMBAR), Indonesia.
MoU yang dimetrai ini diharapkan dapat membina jaringan kerjasama yang erat di antara kedua buah institusi khususnya dalam hal berkaitan mobiliti pelajar dan tenaga pengajar. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta ketua KPB UniSHAMS.