Skip to main content

Lawatan Kerja Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abd. Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi & Penerangan hadir untuk satu sesi lawatan kerja ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), petang ini.
    ย 
    Ketibaan delegasi Yang Berhormat disambut oleh Naib Canselor, Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim serta Pengurusan Tertinggi UniSHAMS.
    ย 
    Satu sesi perbincangan berkaitan jaringan kerjasama bersama UniSHAMS telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    ย 
    Perbincangan tersebut menjurus kepada cadangan usahasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam menjadikan UniSHAMS sebagai salah satu Ikon Pendidikan, yang bakal menyumbang kepada pembangunan pendidikan secara lebih kolaboratif, strategik dan komprehensif.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan