Skip to main content

YB. DR. Haim Hilman Semarakkan Semangat Martabatkan UniSHAMS Pada Program "Leadership Talk UniSHAMS"

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น โ€“ Warga Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) amat bertuah menerima kehadiran Yang Berhormat Dr. Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi & Sains, yang hadir bagi menyampaikan pembentangan beliau pada program โ€œLeadership Talk UniSHAMSโ€, bertempat di Dewan Eksperimen.
    ย 
    Program anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan lebih 350 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pentadbiran dan Akademik UniSHAMS.
    ย 
    Yang Berhormat Dr. Haim dalam ucapan beliau, turut berpesan kepada seluruh peserta program agar dapat terus memberikan yang terbaik dalam usaha untuk memartabatkan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang tersohor serta menjadi kebanggaan rakyat Negeri Kedah Darul Aman.
    ย 
    Sempena program tersebut juga, Yang Berhormat telah menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Antirasuah UniSHAMS 2024-2029 dan menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Integriti & Antirasuah oleh kakitangan UniSHAMS. Beliau juga telah menyerahkan sijil kelulusan ISO 210001:2018 Educations Organizations Management System (EOMS) yang telah diluluskan berkuatkuasa 12 Januari 2024 kepada Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan