Skip to main content

Pegawai HEPA UniSHAMS Perlu Ada Jiwa Pendidik, Pejuang Dan Pengganti Ibubapa

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—ด๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, telah menganjurkan Bengkel Tatacara Pengurusan Hal Ehwal Pelajar yang berlangsung di Avillion Hotel, Cameron Highland bermula pada 18 hingga 20 Januari 2024.
    ย 
    Bengkel tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Sehenti Perkhidmatan Pelajar (OSSC), Pusat Sukan dan Pusat Kediaman Pelajar.
    ย 
    Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim turut hadir dan mengisi slot bersama pegawai-pegawai yang terlibat. Pada sesi tersebut, beliau menekankan bahawa, pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal pelajar ini perlu menjiwai tugsan ini. Pegawai yang mempunyai ciri pendidik, pejuang serta sebagai penganti kepada ibubapa pelajar di kampus sahaja yang akan berjaya menjayakan tugasan ini. Peranan yang dimainkan oleh mereka amat penting kepada para pelajar UniSHAMS kerana mampu membentuk akhlak, sahsiah dan jati diri para pelajar.
    ย 
    Turut hadir dalam sesi ini, adalah Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Encik Mohd Marwan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Puan Marni Suhaela Zulkifli, Pengarah Pusat Sehenti Perkhidmatan Pelajar (OSSC), Encik Mohd Anwar Fadhli Johari, Pengarah Pusat Sukan dan Ustazah Faridah Binawe, Pengarah Pusat Kediaman Pelajar.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan