Skip to main content

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan SUPTIM Kali Ke-20 Bersama Agensi Daerah Baling

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟳 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Kali Ke-20 Bersama Agensi Daerah Baling telah berlangsung dengan jayanya pagi ini.
     
    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah, Tn. Muhammad Ashyaraf Sulaiman yang hadir mewakili Pegawai Daerah Baling.
     
    UniSHAMS bakal menjadi tuan rumah SUPTIM Kali Ke-20 yang akan membuka tirai pada 11 hingga 14 Februari 2024. Lebih 13 buah IPT Islam akan menyertai kejohanan kali ini dengan anggaran seramai 758 orang atlit dan pegawai. Sebanyak 7 acara bakal dipertandingkan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal, Badminton, Ping Pong, Memanah Tradisional dan Catur.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan