Lawatan Kampus UniSHAMS Oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ญ๐ฑ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Satu sesi lawatan kampus UniSHAMS oleh Yang Berhormat Datoโ Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan hari ini. Naib Canselor, Prof. Datoโ Dr Asmadi Mohamed Naim bersama Pengurusan Tertinggi, Pengarah dan Pegawai UniSHAMS telah mengiringi Yang Berhormat Datoโ untuk membuat tinjauan sekitar kampus serta melawat beberapa kawasan seperti Kolej Kediaman Ibnu Sina, tapak cadangan pembinaan Asrama baharu pelajar dan tapak cadangan pembinaan Townhouse.
ย
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Bendahari Negeri, iaitu Tn. Abdul Majid Salleh dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Tn. Amrul Hidayat Shahbudin.
ย
Sesi lawatan ini diadakan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Pembangunan UniSHAMS yang telah berlangsung pada sebelah pagi dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datoโ Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman.