Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Kedah Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿณ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - UniSHAMS pagi ini menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Kedah (MGKK) yang diketuai oleh Yang DiPertua, En. Mokhtar Mohd Yusoff. Delegasi tersebut disambut oleh YBhg. Naib Canselor, Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim bersama Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Dekan Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial serta staf akademik dan pentadbiran UniSHAMS.
    ย 
    Satu sesi perbincangan dua hala berkaitan cadangan jaringan kerjasama promosi dan kolaborasi program di antara UniSHAMS dan MGKK, kemudiannya diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    ย 
    Usahasama ini dijangka akan dapat memberikan manfaat secara bersama, dalam usaha memastikan pembangunan pendidikan di kalangan anak-anak Kedah khusunya, dapat dilaksanakan secara berterusan, strategik dan komprehensif.
    ย 
    Delegasi MGKK ini turut disertai oleh dua orang wakil Jabatan Pendidikan Negeri iaitu En. Muhammad Fazli Abu Bakar dan En. Mohamad Naqiuddin Abd Majid, serta Ahli Majlis Tertinggi MGKK dan Yang DiPertua MGKK Daerah.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan