Skip to main content

Kunjungan Hormat Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - UniSHAMS hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Zuraidah Abdullah, Timbalan Dekan, Pembangunan dan Penciptaan Nilai yang hadir bersama Eksekutif Kanan, Kluster Diploma Eksekutif dan Eksekutif Pejabat Timbalan Dekan.
     
    Satu sesi perbincangan berkaitan cadangan pembaharuan Memorandum Perjanjian (MoA) serta kaedah pemerkasaan jaringan kerjasama akademik di antara kedua-dua institusi kemudiannya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.
     
    Wakil UniSHAMS yang turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah Penasihat Undang-Undang, wakil Dekan Kulliyyah Usuluddin, Bahasa Arab & Sains Al-Quran, Pengarah Pusat Pengajaran Universiti & Pendidikan Sepanjang Hayat, Timbalan Pengarah Pusat Hubungan & Kolaborasi Antarabangsa, Pengarah Canselori, Unit Komunikasi Korporat serta Bahagian Pemasaran & Promosi.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan