Skip to main content

Program Kesihatan Dan Kecergasan Fizikal : Slow Jog

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim hari ini merasmikan Program Kesihatan dan Kecergasan Fizikal : Slow Jog.
    ย 
    Program anjuran Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Sukan telah dipimpin oleh jurulatih bertauliah, En. Razali Rashid yang juga merupakan Slow Jogging Ambassador, Malaysia (International Slow Jogging Association).
    ย 
    Para peserta dari kalangan kakitangan UniSHAMS telah berhimpun di perkarangan parkir Canselori untuk sesi taklimat, sebelum memulakan joging perlahan mengelilingi kampus.
    ย 
    Majlis penyampaian hadiah kepada 13 peserta terawal yang menamatkan acara joging perlahan dan 20 pemenang cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Naib Canselor di Lobi Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    ย 
    Pengajuran program ini adalah antara inisiatif pihak UniSHAMS untuk memastikan agar kakitangannya dapat terus kekal cergas, sihat dan seterusnya dapat mempertingkatkan tahap produktiviti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan