International Conference On Spiritual Approach For Helping Profession 2023
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ต ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial (KAUSAS) dengan kerjasama Pusat Hubungan & Kolaborasi Antarabangsa (CIRC) dan Pusat Penyelidikan & Perkhidmatan Kaunseling (CCRS) telah menganjurkan โInternatonal Conference on Spriritual Approach for Helping Profession 2023โ, bertempat di Bilik Seminar KAUSAS, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS).
ย
Seminar antarabangsa ini turut menampilkan enam orang Penyampai Ucaptama daripada empat buah negara iaitu Prof. Dr. Adi Fahrudin (Indonesia), Prof. Dr. Bagian Aleyssa (Filipina), Prof. Madya Dr. Kana Matsou (Jepun) dan tiga wakil dari Malaysia iaitu Prof. Dr. Mohd Dahlan (UMS), Prof. Dr. Huzili Hussin (UniMAP) dan Prof. Madya Dr. Fatahyah Yahya (UniSHAMS). Selain itu, lebih 22 Pembentang Kertas Kerja telah membuat pembentangan masing-masing dalam tiga Sidang Selari yang berlangsung di Bangunan KAUSAS, serta melibatkan hampir 100 orang peserta. Majlis perasmian penutup seminar antarabangsa ini telah disempurnakan oleh Dekan KAUSAS, Yang Berusaha En. Mohammad Aizad Mohammad Bokhari yang mewakili Naib Canselor.
ย
Usai majlis perasmian penutup, Dekan KAUSAS dan Pengarah CIRC turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UniSHAMS dan Universitas Bhayangkara Jakarta Raya (UBAHARA JAYA), Jakarta Selatan, Indonesia.
ย
Kejayaan penganjuran seminar antarabangsa ini dilhat mampu memberikan pendedahan secara langsung terhadap kompetensi kaunseling melalui perspektif yang berbeza dan daripada kompilasi idea pembentang-pembentang antarabangsa.