Skip to main content

Majlis Perasmian Penutup Latihan Pengendalian Bot Dan Menyelamat Di Air Bersama Agensi Daerah Baling

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿณ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Pegawai Daerah Baling, Yang Berbahagia Datoโ€™ Abdul Gafar Yahya hari ini telah menyempurnakan majlis perasmian penutup Latihan Pengendalian Bot Dan Menyelamat Di Air Bersama Agensi Dalam Daerah Baling yang telah berlangsung dengan jayanya di Tasik UniSHAMS, Kuala Ketil.
    ย 
    Lebih 70 peserta telah menyertai program latihan ini bersama agensi-agensi seperti PDRM, BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Pertahan Awam, RELA, JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi lain yang terlibat.
    ย 
    Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan UniSHAMS atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan latihan ini dan berharap agar hubungan baik di antara kedua pihak dapat diteruskan untuk penganjuran program-program lain selepas ini.
    ย 
    Sementara itu, Pegawai Daerah Baling, selaku Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Baling, turut menegaskan kepentingan latihan ini dan kerjasama erat di antara agensi terlibat dalam persediaan awal siap siaga menghadapi bencana banjir di Daerah Baling. Beliau kemudiaannya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.
    ย 
    Pegawai Daerah Baling turut dibawa menaiki bot penyelamat untuk meninjau keindahan persekitaran Tasik UniSHAMS. Beliau berpandangan bahawa, keunikan Tasik UniSHAMS boleh diketengahkan untuk penganjuran-penganjuran aktiviti sukan air di Daerah Baling.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan