Skip to main content

Kunjungan Hormat Universitas Negeri Padang (UNP) Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - UniSHAMS hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia yang diketuai oleh Prof. Dr. Afdal, Dekan Fakultas Ilmu Pendidikan dan Prof. Dr. Firman, Koordinator Program Studi S2/S3 Bimbingan Kaunseling, Fakultas Ilmu Pendidikan. Satu sesi perbincangan kemudiannya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
     
    Sesi perbincangan berkaitan pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) serta ruang penambahbaikan kaedah jaringan kerjasama akademik di antara kedua-dua institusi ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa dan turut dihadiri oleh pegawai akademik dan pentadbiran UniSHAMS.
     
    Pemerkasaan jaringan kerjasama di antara UniSHAMS dan UNP ini dijangka akan memberikan manfaat yang lebih meluas terutama dalam konteks kolaborasi penyelidikan rumpun serantau, yang dilihat mampu memacu pembangunan institusi pendidikan tinggi secara lebih komprehensif.
     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan