Skip to main content

Hari Anugerah Kualiti UniSHAMS: Meraikan Kecemerlangan Pencapaian Dalam Perkhidmatan Dan Kualiti Pendidikan

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) menjadi pentas sambutan Hari Anugerah Kualiti UniSHAMS. Program tahunan ini menggabungkan tiga kategori utama penganugerahan iaitu; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); Anugerah Kualiti Akademik (AKA); dan Anugerah Pencapaian Kulliyyah/Pusat Pengajian.
    ย 
    Pada majlis tersebut, Yang Berbahagia Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim telah menyempurnakan gimik perasmian. Terdahulu, beliau turut menyampaikan Amanat Naib Canselor 2024 dengan memberikan penekanan terhadap hala tuju dan strategi ke arah menjadi sebuah universiti Islam global dengan berintegrasikan ilmu dan kebijaksanaan. Naib Canslor turut menyeru agar warga UniSHAMS agar dapat menanam kepercayaan diri yang tinggi dan memberikan komitmen yang terbaik, demi menjamin kelestarian operasi, dan menjadikan UniSHAMS sebagai sebuah IPT yang kekal releven serta menjadi destinasi pengajian pilihan pelajar.
    ย 
    Sempena majlis ini juga, Naib Canselor merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UniSHAMS di atas kejayaan dan pencapaian hebat sepanjang tahun 2023 dalam pentadbiran, akademik serta hal ehwal pelajar.
    ย 
    Seramai 30 orang kakitangan akademik dan pentadbiran telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022. Anugerah Kualiti Akademik (AKA) pula menyaksikan sebanyak 7 kategori dinilai berdasarkan pencapaian pegawai akademik sepanjang tahun 2022 dalam penyelidikan. Sementara itu, Kulliyyah Syariah & Undang-Undang telah dinobatkan sebagai Kulliyyah/Pusat Pengajian terbaik bagi tahun 2023 dengan memperolehi peratusan keseluruhan sebanyak 23.73%.
    ย 
    Naib Canselor kemudiaannya menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Audit Pensijilan ISO:21001:2018 Educations Organizations Management System (EOMS).

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan