Skip to main content

Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial Memenangi Gold Dan Silver Di International Education Innovation Expo 2023 Di UPSI

| PRO UniSHAMS | Berita
    UniCS mengucapkan sekalung tahniah kepada kumpulan Prof Dr Ahmad Rozelan, Prof Madya Dr Fatahyah Yahya, Dr Wan Anor dan Dr Suhadi atas memenangi Gold dan 2 Silver pada pertandingan peringkat antarabangsa di International Education Innovation 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
     
    Pensyarah Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial telah membawa inovasi mereka iaitu Cultural Awareness Protocol (CAP) For Counselling Teenage Pregnancy Cases yang memenangi Gold, One Minda Sihat telah memenangi Silver dan Enhancing Self-Compassion: An Integrated Approach of TR-TAN - Reality Therapy and Tazkiyah An-Nafs in Counselling Intervention telah memenangi Silver.
     
    Tahniah sekali lagi kepada team Prof dan Dr!
     
    “SISWA TERPELIHARA,
    GENERASI TERBINA”

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan