Skip to main content

Majlis Watikah Pelantikan Ketua Pentadbiran UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Majlis Watikah Pelantikan Ketua Pentadbiran, anjuran Unit Perjawatan, Pejabat Pendaftar telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) bermula jam 2:30 petang.
    ย 
    Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim. Seramai 84 orang kakitangan akademik dan pentadbiran telah menerima watikah pelantikan iaitu; Penasihat Undang-Undang, Dekan Kulliyyah & Pengarah KPB, Timbalan Dekan Kulliyyah & Timbalan Pengarah KPB, Penyelaras-Penyelaras Program dan Pegawai Tadbir Kulliyyah (N41).
    ย 
    Terdahulu, Naib Canselor dalam ucapan beliau telah memaklumkan berkenaan pelaksanaan penstrukturan baharu Kulliyyah yang akan berkuatkuasa pada 1 November 2023. Beliau turut menyeru semua kakitangan UniSHAMS agar dapat bersatu hati dan berpadu tenaga dalam usaha untuk merealisasikan misi dan visi UniSHAMS, ke arah menjadi sebuah universiti bertaraf โ€˜global'.
    ย 
    Turut hadir pada majlis ini adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, kakitangan akademik dan pentadbiran UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan