Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Uin Mahmud Yunus Batusangkar Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 -Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Islam Negeri Mahmud Yunus Batusangkar, Sumatera Barat, Indonesia, pagi ini.
     
    Deligasi UIN Mahmud Yunus Batusangkar diketuai oleh Pengarah Pasca Siswazah iaitu Dr. Ardimen tiba di Lobi Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, bersama-sama Ketua Program Pasca Siswazah, iaitu Dr. Demina dan Dr. Silvianetri serta pensyarah dan mahasiswa. Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Tuanku Canselor.
     
    Satu sesi perbincangan berkaitan peluang-peluang jaringan kerjasama akademik di antara kedua institusi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, UniSHAMS. Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, mewakili Naib Canselor UniSHAMS telah mempengerusikan sesi perbincangan tersebut, yang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan