Skip to main content

UniSHAMS Terima Pendaftaran Kemasukan Ke Kampus Pelajar Baharu Program Asasi Sesi Oktober 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menerima pendaftaran kemasukan ke kampus pelajar baharu program Asasi sesi Oktober 2023 yang telah berlangsung dengan jayanya di Bangunan A6, pagi ini.
     
    Pelajar kemudiannya mendaftar masuk ke Kolej Kediaman Ibnu Sina dan seterusnya mengikuti program Minggu Silaturahim (MSR).
     
    Ambilan Oktober 2023 bagi program Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains masih lagi dibuka sehingga 12 November 2023. Layari www.unishams.edu.my untuk info dan permohonan.
     
    Seluruh warga UniSHAMS mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya buat semua pelajar baharu Program Asasi sesi Oktober 2023. Terima kasih kerana menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pengajian pilihan anda.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan