Skip to main content

Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 Sidang Ketiga

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-25, Sidang Ketiga telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Datoโ€™ Seri Zaki Tun Azmi, Pro Canselor II UniSHAMS, bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah.
    ย 
    Yang Amat Berbahagia Pro Canselor II telah menganugerahkan sijil akademik kepada 510 orang graduan yang terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Rangkaian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Teknologi Multimedia), Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian (KIAS), Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian (KIAS) dan lima orang penerima Jaizah Imtiyaz Naib Canselor Program.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan