Skip to main content

Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 Sidang Kedua

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-25 Sidang Kedua telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, merangkap Pro Canselor I UniSHAMS dan dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah, bertempat di Dewan Tuanku Pemaisuri Hajah Haminah.
     
    Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi, Pro-Canselor II dan Profesor Dato’ Dr Asmadi Bin Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.
     
    Baginda Tuanku Raja Muda Kedah perkenan mengurniakan ijazah kepada 304 orang graduan yang terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan dan Perbankan Islam) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Perancangan Kewangan Islam).
     
    DYTM Tuanku Raja Muda turut perkenan untuk menyampaikan titah ucapan. Baginda bertitah agar graduan UniSHAMS perlu bersedia menghadapi cabaran baharu berkaitan perkembangan Kecerdasan Buatan atau ‘Artifical Intellegence’ (AI), untuk terus kekal kompetatif dalam dunia pekerjaan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan