Skip to main content

Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 Sidang Pertama

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-25, Sidang Pertama telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Canselor UniSHAMS dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah.
    ย 
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor telah perkenan mengurniakan sijil akademik kepada 70 orang graduan yang terdiri daripada penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Diploma Pasca Siswazah dan Ijazah Sarjana Muda.
    Pada sidang tersebut, Baginda Tuanku turut perkenan mengurniakan Jaizah Imtiyaz Tuanku Canselor, iaitu anugerah cemerlang tertinggi di peringkat universiti kepada saudari Basmah Mohamed pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian. Saudari Basmah membawa pulang Sijil Penganugerahan dan menerima Ampun Kurnia daripada Baginda Tuanku.
    ย 
    Turut hadir Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, merangkap Pro Canselor I UniSHAMS dan dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah.
    ย 
    Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, Menteri Besar Kedah, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS dan Yang Amat Berbahagia Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh, Yang Amat Berbahagia Tun Datoโ€™ Seri Zaki Tun Azmi, Pro Canselor II UniSHAMS, Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berbahgia Datin Seri Norhasni Ishak, serta Profesor Dato' Dr Asmadi Bin Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.
    ย 
    Kebawah DYMM Tuanku Sultan turut perkenan menyampaikan titah ucapan, Baginda bertitah, โ€œBeta juga menaruh harapan yang tinggi, agar UniSHAMS sebagai sebuah IPT Islam, milikan penuh Kerajaan Negeri Kedah, akan terus dipelihara dengan sebaiknya, serta diberikan suntikan dan sokongan tanpa berbelah bahagi dalam pelbagai aspek, seperti pembangunan infrastruktur, penambahbaikan mutu pengajian dan pembelajaran, serta keperluan-keperluan lain yang berkaitan, demi menjamin kelangsungan UniSHAMS untuk kekal relevan di masa akan datangโ€.
    ย 
    Setelah selesai penangguhan Sidang Pertama, Baginda Tuanku Sultan Kedah perkenan bersama-sama ke sesi santapan di dewan santapan utama sebelum berangkat pulang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan