Skip to main content

Program "Sawadee UniSHAMS"

| PRO UniSHAMS | Berita

    ๐Ÿด ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi antarabangsa daripada Pondok Moden Rasmianusorn, Wilayah Songkhla, Al-Quran Institute Thailand, dan Sekolah Sasnasuksa, Wilayah Pattani, Thailand.

    Delegasi seramai hampir 50 orang terdiri daripada wakil pengurusan iaitu Ustazah Wanida Heemphinit, Pengurus Pondok Moden Rasmianusorn, Mr. Fauzi Langputeh, Pengarah Al-Quran Institute Thailand, Mr. Ibrauheem Wongsangiam, Ketua Pentadbir Hal Ehwal Akademik Al-Quran Institute Thailand, Dr. Marwan Hayeemaming, Ketua Jabatan Akademik, Sekolah Sasnasuksa, dan para pelajar telah mengikuti program โ€œSawadee UniSHAMSโ€ yang dijayakan bersama oleh Bahagian Pemasaran & Promosi dan wakil mahasiswa Thailand di UniSHAMS (TSISH).
    ย 
    Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Pengarah Bahagian Pemasaran & Promosi, Penyelaras Promosi, Pensyarah dan staf UniSHAMS.
    ย 
    Delegasi turut disajikan dengan pengisian program seperti taklimat penawaran program, sesi motivasi serta lawatan sekitar kampus, yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keunikan pengajian di UniSHAMS.
    ย 

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan