Skip to main content

UniSHAMS Terima Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Program Perubatan Sesi Oktober 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menyambut kehadiran pelajar baharu yang mendaftar masuk bagi program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), Sesi Oktober 2023. Sesi pendaftaran berjalan dengan jayanya di Dewan Eksperimen sejak awal pagi ini, dan para pelajar telah pun melalui beberapa proses saringan di kaunter yang disediakan pihak UniSHAMS, sebelum mendaftar masuk ke kediaman pelajar.
     
    Sesi taklimat bersama waris, kemudiannya diadakan pada jam 2:30 petang dan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Harif Fadzilah Che Hashim, Dekan Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan. Turut hadir menjayakan sesi taklimat tersebut adalah Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Tn. Hj. Mohd Marwan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, En. Mohd Nurulhisham Mustapa, Penolong Bendahari, Pn. Fuzaini Mohamad, serta Staf Pentadbiran dan Akademik Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan.
     
    Sesi taklimat ini merupakan medium interaksi dua hala yang memberikan ruang dan peluang kepada para pelajar dan waris bagi mendapat penjelasan serta maklumat lanjut berkaitan perjalanan pengajian seterusnya di UniSHAMS.
     
    Warga UniSHAMS mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada para pelajar yang telah berjaya mendaftarkan diri. Terima kasih kerana menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pengajian pilihan anda.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan