Skip to main content

Kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    27 September 2023 | Kuala Ketil -  UniSHAMS melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Majlis Perwakilan Mahasiswa serta Majlis Nuqaba telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat UniSHAMS.

    Program bermula pada pukul 9.00 pagi ini disertai oleh kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UniSHAMS. Para peserta berkumpul di perkarangan lobi Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum berarak ke Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah. Prof. Dato. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor turut hadir memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan pelepasan perarakan para peserta.

    Usai perarakan, program diteruskan dengan acara dewan. Pihak penganjur telah menjemput Ustaz Mohamad Moqti Bin Ahmad, penceramah bebas untuk menyampaikan ceramah khas sempena Maulidur Rasul 1445H. Sesi ceramah juga dihiasi dengan lantunan alunan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan pelajar UniSHAMS.

    Semoga penganjuran program ini dapat menambahkan lagi rasa cinta dan kasih kita kepada baginda rasul S.A.W disamping bermahabbah sesama warga UniSHAMS. Sollu 'Ala Nabi Muhammad!

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan