Kursus Protokol & Etiket Makan Beradat Di SMK Sains Kepala Batas, Pulau Pinang
20 September 2023 | Kepala Batas - Dua orang pensyarah Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan, Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif , Encik Syed Noor Yusoufuddin & Cik Atikahambar telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Protokol dan Etiket Makan Beradat di SMK Sains Kepala Batas, Pulau Pinang.
Seramai 144 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada 16 buah Sekolah Berasrama Penuh zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).
Kursus ini dijalankan sempena program Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA 2.0) Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara Tahun 2023 anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada HosCA UniSHAMS untuk mengendalikan slot tersebut.