Skip to main content

UniSHAMS Berjaya Rangkul Pingat Emas Dalam TReX 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    26 September 2023 - TAHNIAH kepada pelajar tahun akhir Sesi 2023/Februari; Nur Nurulzhatulsyima Asyikin binti Samsul bersama Penyelia Utama Dr. Norzaila Mohamad Nor, dan Penyelia Bersama Dr. Mu'azah Md. Aziz yang telah berjaya mendapat Gold Medal dan Best Video Presentation (Higher Institution) untuk projek FYP Jabatan Komputeran - Optima, Unishams bertajuk VowelExplorer: Mobile Learning Apps for Slow Learners.
     
    Dr. Norzaila Mohamad Nor telah membentangkan projek tersebut di 2nd International Conference on Business Innovation, Entrepreneurship and Technology 2023 (ICOBET 2023) yang telah diadakan pada 28 & 29 Ogos 2023 bertempat di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang. Persidangan ini yang telah dianjurkan oleh UniMAP telah menjadi Strategic Partnership bersama UniSHAMS di bawah kelolaan Kluster Sistem Maklumat & Pembelajaran Inovasi.
     
    Usaha menjadikan pelajar optimis dalam menghasilkan projek inovasi seperti ini akan diperluaskan seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan secara langsung dapat memberi nilai tambah kepada portfolio pelajar yang terlibat, Kulliyyah, dan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan