Festival Bahasa Jiwa Bangsa 2023 Peringkat Negeri Kedah
๐ฎ๐ฑ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Festival Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2023 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) pagi ini.
Program tahunanan ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perpustakaan UniSHAMS, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Angkatan Sasterawan Nasional (ASASI) Negeri Kedah dan Pertubuhan Sanggar Warisan Budaya Melayu Negeri Kedah (SWADAYA). Pelaksanaan DBK dan DMK adalah bertujuan untuk mengangkat Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030 serta melahirkan masyarakat yang berilmu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datoโ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS. Beliau seterusnya melancarkan buku-buku Penulis Utara, terbitan DBP.
Antara acara yang turut dijalankan sempena program ini adalah seperti Syarahan Bahasa Jiwa Bangsa (Ishikawa dalam konteks Bahasa Jiwa Bangsa), Pertandingan Mewarna Pra Sekolah, Pertandingan Dendangan Syair antara IPT/IPTS, Pertandingan Baca Naskah Jawi Klasik, Pertandingan Resensi Buku DBP (Terbuka) dan Jualan Buku/Pameran.
Turut hadir pada majlis ini adalah Tn. Hj. Md Johari Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Dasar DBP, Prof. Emeritus Datoโ Dr Abd Aziz Tajuddin, Naib Canselor & Presiden Albukhary International University, Munsyi Mohd Salleh Hj Hassan, Ketua Nazir Negeri Perlis, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Armin Azhari Saleh, Pengarah DBP Wilayah Utara, Tn. Hj. Abu Hassan Murat, Ketua I, ASASI Negeri Kedah, En. Mohd Puzi Abd Hadi, Presiden SWADAYA, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat, penggiat-penggiat bahasa, kakitangan dan mahasiswa UniSHAMS.