Skip to main content

Mesyuarat Pembukaan Audit (Audit ISO 21001: 2018 SPOP/EOMS, Peringkat Pertama)

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Mesyuarat Pembukaan (Entrance Meeting) bagi Audit ISO 21001:2018 SPOP/EOMS, Peringkat Pertama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain yang mewakili Naib Canselor UniSHAMS.
     
    Sementara itu, Ketua Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Pn. Maznah Mat Isa telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pengauditan dan semakan dokumen yang akan dilaksanakan bermula pada 20 hingga 21 September 2023 dan akan dibantu oleh Sekretariat iaitu Pusat Jaminan Kualiti, UniSHAMS.
     
    Mesyuarat Pembukaan Audit ini turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan