Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS Ke Atas Pengerusi MARA

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ - Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr Asyraf Wajdi Datoโ€™ Dusuki, petang ini.
    ย 
    Pertemuan dua sahabat seperjuangan dalam bidang Kewangan Islam ini, merupakan lanjutan kepada siri kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran, MARA yang telah diadakan semalam.
    ย 
    UniSHAMS yang telah menerima penarafan SETARA 2022 sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang "Berdaya Saing", berharap untuk mendapatkan penajaan pihak MARA bagi program-program yang ditawarkan, selain dari program perubatan (MBBS).

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan