Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Kolej Al-Quran Terengganu Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), pagi ini.
     
    Deligasi KQT yang diketuai oleh Ketua Eksekutif iaitu Prof. Madya Dr Mohd Safri Ali tiba di Lobi Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, bersama-sama Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan & Pengkorporatan), Pendaftar, para Pegawai KQT dan lima orang Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, dan kemudiannya dibawa untuk melawat ke Galeri Tuanku Canselor.
     
    Satu sesi perbincangan berkaitan perkongsian kriteria naik taraf Kolej kepada Kolej Universiti, isu dan cabaran dalam pembangunan institusi dan peluang jaringan kerjasama akademik di antara kedua institusi telah diadakan di Dewan Senat UniSHAMS. Yang Berusaha Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, mewakili Naib Canselor UniSHAMS telah mempengerusikan sesi perbincangan tersebut, yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Bendahari, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.
     
    Sementara itu, satu sesi perbincangan teknikal pembangunan kampus telah diadakan dan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Zaini Hj. Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri. Sesi yang diadakan secara berasingan ini, melibatkan perbincangan bersama En. Saidi Salleh@Sulong, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan & Pengkorporatan) KQT, Pegawai JKR Terengganu dan Pegawai Bahagian Pembangunan & Penyenggaraan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan