Skip to main content

Majlis Mengadap Sembah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Pro Canselor 1 UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—”๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, merangkap Pro Canselor I Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah perkenan untuk menerima mengadap Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.

    Majlis Mengadap Sembah tersebut telah berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

    Turut hadir bersama pada sesi Majlis Mengadap Sembah kali ini adalah Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar, Pengarah Canselori dan Pegawai UniSHAMS.

    Naib Canselor UniSHAMS telah menyembah maklum berkaitan persiapan bagi pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 yang akan berlangsung pada 15 hingga 16 Oktober 2023, serta laporan berkaitan hal ehwal semasa pentadbiran dan pengurusan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan