Skip to main content

Kunjungan Hormat Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berhormat Dr Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi.

    Ketibaan Yang Berhormat di Lobi Utama, Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, telah disambut oleh Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) serta Pegawai UniSHAMS, dan seterusnya diiring untuk sesi lawatan ke Galeri Tuanku Canselor, yang menempatkan koleksi sejarah pembangunan UniSHAMS.

    Satu sesi perbincangan kemudiannya, diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Naib Canselor dalam pembentangan beliau, telah memberikan penerangan berkenaan hala tuju pentadbiran, Pelan Strategik dan pencapaian semasa UniSHAMS. Yang Berhormat pada kesempatan ini, turut dibawa untuk meninjau persekitaran kampus serta bersua kenal dengan staf dan mahasiswa/wi UniSHAMS.

    UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman amat bertuah kerana diberikan ruang untuk terus memperkukuhkan hubungan baik dengan pentadbiran Kerajaan Negeri, khususnya di bawah pemantauan portfolio Yang Berhormat Dr Haim Hilman, demi memartabatkan UniSHAMS sebagai Wadi Kecemerlangan Ummah yang berimpak tinggi, serta kekal relevan di dalam industri pendidikan masa kini.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan