Skip to main content

Program Citra Unishams "Seminar Minda Kelas Pertama: Halatuju Mahasiswa”

| PRO UniSHAMS | Berita

    6 September 2023 | Kuala Ketil - Program Citra UniSHAMS “Seminar Minda Kelas Pertama: Halatuju Mahasiswa” telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Dewan Eksperimen UniSHAMS.

    Program bual bicara ini melibatkan tetamu jemputan iaitu Kepten Maritim Ustaz Hj. Nik Kamaruddin Hj Yunoh sebagai Panel Utama dan saudara Aiman Nasir, selaku Moderator. Program Citra UniSHAMS adalah program berkala yang dianjurkan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS dan dijayakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), serta melibatkan penyertaan di kalangan mahasiswa/wi UniSHAMS.

    Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Marwan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar dan turut dihadiri oleh Kaunselor, Penolong Pendaftar, staf Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Presiden MPM UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan