CPD1: UniSHAMS Leadership Enhancement
24 Ogos 2023 | Kuala Ketil - Bengkel CPD1: UniSHAMS Leadership Enhancement telah berlangsung selama 3 hari bermula 21 Ogos 2023 hingga 23 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 2, Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, UniSHAMS.
Bengkel ini adalah melibatkan 32 orang peserta dari kalangan Prof. Madya, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat Pengajian, Timbalan Dekan dan Timbalan Pengarah. Objektif bengkel CPD 1 ini adalah untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan di kalangan Ketua KPB di UniSHAMS, di samping dapat mencapai sasaran Pelan Strategik, MyRA dan SETARA.
Program yang dikendalikan oleh penceramah/fasilitator daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan membawa Misi IAB untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti selari dengan sasaran di Pelan Strategik UniSHAMS dibawah Tonggak Tadbir Urus Yang Baik iaitu Teras Strategi 1: Perkasa Peranan Sumber Manusia, Strategi 2 : Peningkatan Keberkesanan dan Kemampuan Semua Warga Kerja, Inisiatif 4 : Melaksanakan kursus kemahiran secara dalaman dengan lebih kerap (terutama dalam bidang pengurusan, kewangan dan teknologi).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Ilham Binti Ismail, Ketua Jabatan, Jabatan Kerjasama Luar & Antarabangsa, Institut Aminuddin Baki dan YBrs. Pn. Adz Jamros Binti Jamali, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Kerjasama Luar & Antarabangsa, Institut Aminuddin Baki atas curahan ilmu, perkongsian teknik serta pengalaman yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang hadir.
Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat secara tidak langsung sepanjang penganjuran bengkel selama 3hari ini. Semoga natijah dan hasil daripada bengkel ini dapat diadaptasi dan dilaksanakan di dalam organisasi bersama, dalam proses memacu UniSHAMS ke arah sebuah institusi pendidikan yang berdaya saing, meningkatkan kecekapan, dan keberkesanan dari segi pengurusan khususnya.
Sirru Ala Barakatillah