Skip to main content

UniSHAMS Terima Penarafan “Berdaya Saing” Dalam SETARA 2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    1 September 2023 | Kuala Ketil - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2022 sebagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang Berdaya Saing. 

    SETARA adalah sistem penilaian yang bertujuan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard IPT bagi Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kategori Universiti dan Kolej Universiti.

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuat pembaharuan pelaksanaan  SETARA 2022 dengan hanya membahagikan kepada dua kategori penarafan sahaja iaitu; iaitu Berdaya Saing dan Berdaya Maju.  Penarafan SETARA sebelum ini melibatkan pembahagian enam kategori.

    Penilaian SETARA dilaksanakan berdasarkan instrumen dan indikator penilaian yang ditetapkan bagi memacu kepada peningkatan mutu pendidikan yang berkualiti.

    IPT yang berada di bawah kategori Berdaya Saing adalah IPT yang berkemampuan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, serta merupakan institusi-institusi yang dinilai dan diklasifikasikan dalam kumpulan IPT yang  cemerlang dan memenuhi kriteria-kriteria penilaian di bawah Penarafan IPT Malaysia.

    Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan dan seluruh warga UniSHAMS di atas penarafan ini. Semoga UniSHAMS terus gemilang dalam persada industri pendidikan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan