Skip to main content

Kunjungan Hormat Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri, Indonesia Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    29 Ogos 2023 | Kuala Ketil - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri (UNUGIRI), Indonesia. Delegasi tersebut diketuai oleh Rektornya iaitu M. Jauharul Ma’arif, Timbalan Rektor I, Dr H.M. Ridlwan Hambali,  Timbalan Rektor II, Dr H. Yogi Prana Izza,  Timbalan Rektor III, Dr Nurul Huda,  Timbalan Rektor IV, Dr Hj. Iffa Khoiria Ningrum, Ketua Pejabat Antarabangsa, Dr Ari Abi Aufa, Drs. H. Saifuddin Idris dan Drs. H. Mundzar Fahman.

    Satu sesi perbincangan berkaitan cadangan jaringan kerjasama akademik di antara kedua belah pihak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Dr Asnani Bahari, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah, mewakili Naib Canselor dan turut disertai oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat Kerjasama & Hubungan Antarabangsa, Pengarah Canselori dan Pegawai UniSHAMS.

    Terdahulu, delegasi UNUGIRI turut berkesempatan untuk meninjau Galeri Tuanku Canselor yang menempatkan koleksi gambar dan dokumen berkenaan sejarah pembangunan INSANIAH, KUIN dan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan