Martabatkan Suara Mahasiswa : Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023
23 Ogos 2023 | Kuala Lumpur – Seramai 2 orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS iaitu Muhammad Hasif Bin Mohd Hasrin, Presiden MPM dan Abdul Syukur bin Hushin, Ketua Biro Kepimpinan dan Perhubungan Awam telah mewakili Parlimen Mahasiswa kebangsaan 2023 usul pertama dalam konteks Kebajikan.
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Parlimen Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 23 dan 24 Ogos 2023, bertempat di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.
Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan, saranan serta buah fikiran daripada pimpinan mahasiswa tentang isu-isu berbangkit berhubung mahasiswa.
Diharap program Parlimen Mahasiswa ini dapat memberi pengalaman secara langsung dan kefahaman yang lebih mendalam kepada mahasiswa tentang peranan Parlimen.