Skip to main content

Majlis Mengadap Sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    20 Ogos 2023 | Alor Setar - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah perkenan untuk menerima mengadap Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.
     
    Majlis Mengadap Sembah tersebut telah berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar.
     
    Naib Canselor UniSHAMS telah menyembah maklum berkaitan hal ehwal semasa pentadbiran dan pengurusan UniSHAMS, serta persiapan menjelang pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 yang dijangka berlangsung pada 15 hingga 16 Oktober 2023.
     
    Turut hadir bersama pada sesi Majlis Mengadap Sembah kali ini adalah Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar, Pengarah Canselori dan Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan