Skip to main content

Majlis Perasmian Rakyatpreneur & Unipreneur Bank Rakyat 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    17 Ogos 2023 | Kuala Lumpur - Majlis Perasmian RAKYATpreneur & UNIpreneur Bank Rakyat 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
    Kira-kira 50 Usahawansiswa Asnaf Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah menyertai program ini yang bermula sejak tahun 2021, 2022 dan 2023 dengan jumlah dana terkumpul yang diterima mencecah sebanyak RM145,000.00.
     
    Sempena program ini juga, UniSHAMS telah mempamer dan memperkenalkan dua produk Usahawansiswa Asnaf di reruai jualan yang disediakan.
     
    Semoga penyertanaan Usahawansiswa UniSHAMS ini akan dapat menyuntik semangat dan seterusnya menanam minat di kalangan mahasiswa untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai antara kerjaya pilihan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan