Skip to main content

Kursus Protokol & Etiket Sosial Majlis Rasmi UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    16 Ogos 2023 | Kuala Ketil- Pejabat Pendaftar UniSHAMS telah menganjurkan Kursus Protokol & Etiket Sosial Majlis Rasmi UniSHAMS bertempat di Bilik Seminar, Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah (DTPHH).

    Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pendaftar dan petugas Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 telah dijemput menyertai kursus pada kali ini.

    Kursus disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas daripada Bahagian Istiadat & Pengursan Majlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu Y.Brs Tuan Hannan Mohammed Hatta.

    Para peserta dihidangkan dengan 5 slot keseluruhan dalam pelbagai tajuk seperti protokol diraja, pengurusan majlis rasmi, pemakaian & keterampilan diri dan etiket meja makan.

    Semoga pengajuran kursus pada kali ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua staf yang terlibat dalam mengaplikasikan protokol & etiket yang sesuai dalam penganjuran majlis-majlis rasmi di UniSHAMS. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan