UniSHAMS Terima Kemasukan Pelajar Baharu Sesi Ogos 2023
15 Ogos 2023 | Kuala Ketil – Seramai hampir 400 orang pelajar baharu dalam pelbagai peringkat dan bidang pengajian telah mendaftar masuk ke UniSHAMS pada hari ini untuk kemasukan sesi Ogos 2023. Sesi pendaftran yang bermula pada pukul 9.00 pagi tersebut dilaksanakan di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah (DTPHH). Para pelajar dikehendaki melalui proses pendaftaran di beberapa kaunter termasuklah kaunter akademik, kewangan, asrama, kit pelajar, saringan BMI dan kad pelajar.
Pada pukul 11.30 pagi, para waris dan pelajar memenuhi ruangan dewan untuk Majlis Bersama Waris. Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor serta barisan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Universiti dan para Dekan Kulliyyah turut hadir dalam majlis tersebut. Y.Bhg Naib Canselor dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi kemasukan kali ini. Beliau berharap budaya ilmu terus mekar dan diterapkan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UniSHAMS. Beliau juga memaklumkan bahawa para pelajar baharu akan mengikuti Minggu Silaturrahim (MSR) selama 4 hari bermula hari ini dimana para pelajar akan didedahkan info-info penting serta taklimat daripada jabatan-jabatan dalaman UniSHAMS.
Sepanjang hari pendaftaran kali ini, pihak UniSHAMS menyediakan kaunter-kaunter kulliyyah serta pusat pengajian dalam usaha memberi info tambahan kepada para waris dan pelajar berkaitan struktur pembelajaran di kulliyyah. UniSHAMS juga masih membuka peluang kemasukan untuk sesi Ogos 2023 sehingga 28 Ogos 2023.