Skip to main content

Program Gotong Royong Bubur Asyura Pejabat TNCK

| PRO UniSHAMS | Berita

    9 Ogos 2023 | Kuala Ketil - Pejabat Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri (TNCK) telah menganjurkan Program Gotong Royong Bubur Asyura bertempat di ruang legar Bahagian Pembangunan & Penyenggaraan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf di bawah Pejabat TNCK serta sempena sambutan bulan Muharram yang mulia lagi barakah.

    Selain itu, aktiviti seumpama ini dilihat mampu untuk menyemai dan meningkatkan tahap keseronokan bekerja, memupuk semangat kebersamaan, serta berpeluang untuk bertukar buah fikiran di kalangan staf.

    Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri kemudiannya mengagihkan bubur asyura kepada semua staf di bawah Pejabat TNCK, serta beberapa jabatan yang terpilih. Program tamat sekitar jam 11:30 pagi.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan