Skip to main content

Naib Canselor UniSHAMS Terima Geran Penyelidikan Daripada Co-Opbank Pertama

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Lumpur, 26 Julai 2023 : Naib Canselor UniSHAMS Prof.Dato' Dr.Asmadi bin Mohamed Naim telah menerima geran penyelidikan daripada Co-Opbank Pertama yang berjumlah RM10,000.
     
    UniSHAMS antara 12 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara yang terlibat dalam agihan geran yang berjumlah RM120,000.
    Diharap dengan penerimaan geran penyelidikan ini dapat membantu UniSHAMS untuk terus menghasilkan penyelidikan yang berkualiti seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.
     
    Tahniah diucapkan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan