Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Pengurusan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 31 Julai 2023: UniSHAMS telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi pengurusan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL). Delegasi seramai 6 orang yang diketuai oleh Y.Bhg. Dr. Yusri Mohamad, Pengerusi KPBKL tiba di Lobi Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada pukul 11.00 pagi. 

    Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwwah di antara kedua belah pihak selain berbincang untuk mengaktifkan semula Memorandum Persefahaman yang telah dimeterai pada 30 April 2019 yang lalu. Selain itu, kunjungan juga bertujuan untuk membentangkan berkenaan Special Pathway Program.

       

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan