Kerjasama Bersama Halal Profesional Board (HPB) JAKIM Bakal Membuka Peluang UniSHAMS Sebagai Pusat Penyedia Latihan Halal
| PRO UniSHAMS | Berita
Kuala Ketil, 30 Julai 2023: UniSHAMS telah menerima kunjungan daripada Halal Profesional Board (HPB) JAKIM. Kunjungan kali ini merupakan sesi audit penilaian universiti selain bertujuan untuk membincangkan kerjasama di antara kedua pihak dalam kerangka mewujudkan pusat penyedia latihan halal di UniSHAMS.
Delegasi seramai 2 orang tersebut disambut oleh Y.Bhg Prof Madya Dr. Muhammad Nasri bin Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa bersama Ahli Pengurusan Jawatankuasa Eksekutif (JPE) UniSHAMS serta para dekan. Sesi perbincangan dilaksanakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum para tetamu dibawa untuk sesi lawatan ke bilik seminar yang bakal dijadikan pusat latihan kelak.