Skip to main content

Bengkel Pengurusan Risiko (Pelan Strategik) UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 16 Julai 2023 - Bengkel Pengurusan Risiko (Pelan Strategik) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), anjuran Pusat Strategik & Penarafan Institusi (PSPI) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Julai 2023, bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

    Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.  Terdahulu, dalam ucapan beliau turut menyatakan bahawa, pengurusan risiko adalah penting kerana ianya dapat membantu sesebuah organisasi dalam membuat perancangan awal dan mengenalpasti implikasi risiko bagi mencapai matlamat organisasi dengan sebaiknya. Selain itu, pengurusan risiko juga merupakan susunan strategi secara sistematik dan efektif yang bertujuan untuk mengurangkan kesan atau implikasi negatif terhadap sesebuah organisasi.

    Sesi pertama bermula dengan penyampaian taklimat berkaitan Pengurusan Risiko oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PSPI. Manakala, sesi kedua iaitu 'Hands-on' aktiviti Penilaian Risiko Berdasarkan Pelan Strategik, telah diadakan di sebelah petang.

    Kira-kira 60 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta ahli-ahli kumpulan tonggak utama Pelan Strategik UniSHAMS iaitu; Tonggak Kecemelangan Akademik, Tonggak Kecemerlangan Pelajar, Tonggak Kelestarian Kewangan, Tonggak Kelestarian Institusi, dan Tonggak Tadbir Urus Yang Baik hadir pada bengkel kali ini.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan