Skip to main content

Kunjungan Hormat EMZI Holding Sdn. Bhd

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 04 Julai 2023 – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima kunjungan delegasi daripada EMZI Holding Sdn. Bhd (Ekonomi Musli Zakat Islam) yang diketuai oleh YBrs. Encik Roslan bin Mohamed (Pengarah Pengurusan dan Komunikasi Korporat), Puan Yuszaiwani binti Md Yusof (Eksekutif Komunikasi Korporat) dan Puan Noor Nastassia Farhana Idayu binti Mohd Redza (Eksekutif Pengurusan Korporat) dan wakil UniSHAMS yang dihadiri oleh YBrs. Dr. Rohani binti Desa, (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), En. Mohamad Alif Azreen bin Shafie @ Hassan (Pemangku Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar),  En. Anwar Fadhli (Pengarah Pusat Sukan) dan Ketua-ketua Unit  Pusat Hal Ehwal Pelajar.

    Hasil kunjungan tersebut telah membincangkan mengenai wakalah kepada pelajar dan lain-lain peluang usahasama yang boleh dijalinkan di antara kedua-dua pihak untuk usaha meningkatkan pembangunan pelajar terutama golongan asnaf.

    Diharap agar segala usaha ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada pelajar UniSHAMS terutama golongan asnaf.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan