Skip to main content

Majlis Pembentangan Geran Penyelidikan Industri Dibawah Tajaan Syarikat Fwd Takaful Berhad

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 4 Julai 2023 - Telah berlangsung pembentangan geran industri dibawah tajaan FWD Takaful Berhad di Dewan Senat, Bangunan Canselori UniSHAMS.

    Seramai 5 penyelidik telah membentangkan kertas kerja berkaitan dengan tajuk "FAMILY TAKAFUL", kesemua penyelidik yang telah membentang terdiri daripada pensyarah dibawah Kuliyyah Mualamat & Sains Pengurusan, Kuliyyah Syariah & Undang-Undang serta Pusat Pengajian & Kewangan Islam (CIFER-UniSHAMS). Berikut merupakan senarai pembentang yang terlibat:

    - Profesor Madya Dr.Yusuf Bin Hj Othman

    - Profesor Madya Dr.Wan Nazjmi Bin Muhamad Fisol

    - Dr. Marina Binti Abu Bakar

    - Dr. Nor Zuhairatun Binti Md. Radzi

    - Pn. Siti Sarah Binti Tajul Urus

    Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menjemput Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor serta Profesor Madya Dr. Kamal sebagai panel penilai dalaman, manakala En.Hafizal Bin Elias wakil drpd FWD Takaful mewakili panel penilai luar. Tajaan yang diberikan oleh FWD Takaful adalah bernilai RM250,000.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan