Skip to main content

Hari Pendaftaran Asasi Ambilan Jun 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 3 Jun 2023 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) menerima pendaftaran kemasukan pelajar program Asasi bagi sesi Jun 2023 yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Eksperimen.
     
    Seluruh warga UniSHAMS ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendaftarkan diri bagi program Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains. Selamat datang ke UniSHAMS, Wadi Kecemerlangan Ummah dan terima kasih kerana menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pengajian pilihan anda.
     
    Untuk makluman, Ambilan Kedua sesi Jun 2023 kini dilanjutkan sehingga 23 Julai 2023. Jangan lepaskan peluang ini dan mohon sekarang di www.unishams.edu.my

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan