Skip to main content

Majlis Menandatangani Kolaborasi Strategik (Certificate Of Collaboration- Coc) Di Antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 26 Jun 2023 – UniSHAMS pada pagi ini telah memeterai kerjasama melalui Certificate of Collaboration (CoC) bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang disempurnakan oleh Naib Canselor UniSHAMS dan pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) diwakili oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr Haji Mohd Zahari bin Ismail. Majlis menandatangani CoC ini telah diadakan di Dewan SENAT, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, UniSHAMS.

    Dalam majlis ini Naib Canselor dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa, dengan termeterainya CoC hari ini amatlah penting kepada UniSHAMS dan JPPKK untuk menzahirkan komitmen dalam membantu meningkatkan tahap pencapaian graduan Politeknik dan Kolej Komuniti ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di UniSHAMS. Beliau turut mengalu-alukan pensyarah-pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti untuk menyambung pengajian di UniSHAMS bagi peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD) yang bertujuan membantu peningkatan kerjaya pensyarah berkenaan.

    YBrs. Dr Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam ucapan beliau menyatakan harapan agar 60% daripada graduan politeknik dan kolej komuniti untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan membuka ruang kepada pihak UniSHAMS untuk menerima para graduan daripada politeknik dan kolej komuniti bagi menyambung pengajian. Kerjasama ini akan melihat kepada bidang yang bersesuaian antara kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan dan Hospitaliti agar objektif kerjasama ini tercapai sepenuhnya.

    Hadir sama dalam majlis ini adalah barisan Pengurusan Tertinggi, Pegawai-pegawai Kanan JPPKK, Dekan-Dekan Kulliyyah dan Pengarah-pengarah Pusat serta warga kerja JPPKK.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan