Skip to main content

Temubual Ekslusif UniSHAMS@Kedah FM

| PRO UniSHAMS | Berita
    Alor Setar, 25 Jun 2023 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah pun bersiaran secara langsung dari konti Kedah FM.
    Satu sesi temubual eksklusif DJ Ezza bersama Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS berkaitan sesi kemasukan tahun 2023 telah dikeudarakan.
    Pada kesempatan tersebut, Naib Canselor turut dibawa untuk melawat ke Bilik Berita RTM sambil diiringi oleh DJ Faizal.
    Untuk nakluman, UniSHAMS kini sedang membuka permohonan dan pendaftaran secara atas talian untuk sesi kemasukan tahun 2023. Pendaftaran bagi program Asasi dilanjutkan sehingga 28 Jun 2023, manakala bagi pendaftaran sesi kemasukan perdana adalah pada 1 Ogos 2023, dan pendaftaran sesi kemasukan program perubatan MBBS adalah pada 1 Oktober 2023.
    Pelajar yang berminat untuk menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pengajian pilihan, boleh terus memohon secara atas talian di www.unishams.edu.my. Sebanyak 42 program menarik pelbagai bidang dan peringkat pengajian ditawarkan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan